STATUS BLOG INI : WILL BE UPDATE SOON! :D

Saturday, April 3, 2010

ini! kejohanan merentas desa,hari bertemu pelanggan dan histeria

26 dan 27 mac hari tu, sekolah ada buat kejohanan merentas desa dengan hari bertemu pelanggan (mak ayah) . aku masuk merentas desa. memang semua kena masuk pun. masa mula-mula tu bukan main semangat lagi kononnya boleh la lepas. kalau dapat no 2 pun jadi la. tapi apa yang jadi, baru je lari tak sampai 10 meter dah lelah tenat.

wadu3... dah tu, aku jalan kaki je sorang-sorang. kawan aku semua tinggalkan aku. ye la. deme pun nak menang wei.... tapi atas daya usaha aku, aku pass semua checkpoint. ada orang tak pass. tu yang bangga gila tu. hehehehe~ dapat le ais krim sebatang.

masa hari bertemu pelanggan, mak bapak aku tak datang. ye la. buat hari sabtu, siapa yang nak datang. lain la kalau deme buat hari ahad. orang tengah cuti kan. sabtu orang kerja. dah tu, complain mak bapak ramai yang tak datang. hampeh betul. hari tu hari outting budak aspuri. masa hari tu, aku pegi je POLO dengan si naza sebab yang lain-lain semua pergi jusco.

masa kitorang pergi POLO tu , kitorang nampak la ada se-couple ni tengah dating baik punya!
siap peluk-peluk, tarik-tarik tangan la dan yang paling best dia buat kissing! masyaALLAH. tak ingat tuhan~dah tu, asrama kitorang kena kes histeria yang diorang cakap benda tu kena bawak daripada seorang budak ni. aku tak tahu la betul ke tak. masa belajar hari isnin hari tu, tiba-tiba je terdengar ada orang azan dalam pukul 8.00 pagi gitu. ingat diorang tengah belajar pasal azan. rupa-rupanya ada budak kena kacau. sejak dari hari ada seorang budak ni balik ke asrama, ramai le budak-budak perempuan lagi-lagi yang satu dorm dengan budak tu meracau-racau kena histeria. bila nampak je budak tu, deme nangis tiba-tiba tanpa sebab. ntah la. aku cakap mungkin diorang terlampau lemah semangat. tapi ada kawan aku yang terkena sekali kata, memang dia dapat rasa benda tu ikut dia.

hai la dunia~ tak tahu la. tapi insyaALLAH, aku akan cuba kentalkan diri ini dan menguatkan hati aku ini.. cehhh... yasin jadi penyembuh, ayat kursi sebagai pendinding, al-mulk jadi pegangan.. solat 5 waktu, jaga kelakuan, jaga kebersihan. insyaALLAH jauh la benda tu daripada aku..

p/s : doakan aku sentiasa sihat walafiat. jangan nanti esok-esok bukan aku yang balik tapi.........










No comments:

Post a Comment