STATUS BLOG INI : WILL BE UPDATE SOON! :D

Sunday, July 11, 2010

ini! pada hari berikut

uitt!! gelap gila. apasal gelap sangat ni ?

tak ada lampu ke ? elektrik putus ke ?

wah gelap!! macam mana ni ? kalau tak ada elektrik, macam mana nak online ?

waaa~ tiba-tiba je, aku terdengar suara mak aku.

haha, aku tak keseorangan. ingat aku sorang je. tapi aku tak nampak pun mak aku.

sah! mak aku nak main sorok-sorok dengan aku.

beberapa saat lepas tu, aku dengar pula suara bapa aku. dengar memang lah dengar, tapi aku

tak nampak siapa-siapa pun. dengar suara je.

sudah~ aku dalam cerita hantu kot...

TIDAKKKKK!!!!

die-lah! alamak, lapar la pula perut. dah berkeroncong.

fuhhh, lagu P Ramlee... ehh, dah tukar rentak pula. jadi lagu Ziana Zain.. hahahaha.. kelakar

punya perut.

eh2, aku dah rasa kenyang la... wah, bestnya! tak payah nak kunyah.

beberapa lama kemudian, aku rasa macam aku ternampak benda yang cerah.

makin lama makin cerah. bersinar-sinar. ye, aku dah keluar dari tempat yang gelap.

sekarang, sekeliling aku dah cerah. tapi apasal aku penuh dengan darah ? busuk pula tu.

yekkkk!! maaaa~ sejuk gila! aku dekat kutub selatan ke ?

tiba-tiba je, badan aku rasa panas. ada orang bagi aku selimut.

wah, lega sikit. terima kasih ye siapa yang bagi aku selimut tu! ye, aku tengok.

hari ni 16 julai 1994.
baru aku tahu, aku baru saja dilahirkan... waahhh!!!



ƧЄ˩ΔѦΔƬ ĦΔЯƖ ĴΔƉƖ , ҒΔƬƖĦΔĦ !










No comments:

Post a Comment