STATUS BLOG INI : WILL BE UPDATE SOON! :D

Sunday, October 17, 2010

ini! satu surat rasmi

hari jumaat sememangnyahari yang menggembirakan untuk aku je kot.
haha. kepada para lelaki-lelaki di luar sana mungkin tak (sebab kena solat jumaat. hahaha).
tapi hari jumaat ialah hari karangan.
hah nak dijadikan cerita,
cikgu BM (bahasa melayu) masuk kelas dengan vougenya macam selalu.
beliau mengambil tempat seperti biasa dan mengajar dan bercakap seperti biasa.
"ok murid-murid, hari ni kita akan buat karangan. memandangkan periksa akhir tahun nak dekat saya nak awak semua buat satu karang surat kiriman rasmi yang akan dihantar kepada pegawai daerah untuk menaik tarafkan kampung murid-murid semua yang mempunyai potensi untuk dijadikan tempat kunjungan orang ramai. ok murid-murid semua boleh hantar sehingga jumaat depan, kalau tak nak hantar pun tak apa. boleh ye murid-murid"
............
cikgu yang cakap.

kitaorang dengan muka malas pun buat la apa yang disuruh.
aku sebagai murid yang rajin buat karangan, hantarlah kerja rumah aku isnin depannya.

....................................................................................................................................................................
beberapa hari selepas tu, aku pun terima balik kertas karangan aku yang sudah disemak oleh cikgu tersebut. (tidak dapat dinyatakan di sini).
toleh punya toleh, aku ternampak cikgu bulatkan besar nama pengirim surat tu.
aku tertanya-tanya , kenapa cikgu bulatkan nama pengirim ni dan tulis
-TERUKNYA NAMA?-
apa salah aku ? :(

hanya sebab aku tulis,
CIK JOYAH BINTI TEMPE













No comments:

Post a Comment