STATUS BLOG INI : WILL BE UPDATE SOON! :D

Wednesday, November 24, 2010

ini! cerita aku hang out

alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat aku tulis post yang terkini. hehehe. apa khabar? baik saja. huh. bangun pagi hari selasa mak aku kejut.
dah la awal lagi. pandang-pandang jam, ala baru pukul 7.30 pagi.
huh, awal lagi! rupa-rupanya, mak aku nak ajak pergi balik kampung.
MELAKA! mak oii. sangat jauh! TIDAKKK~ hmm, dibatalkan. aku tak ikut.
so
, tinggal 3 orang sekali dengan ayah dan solihin, adikku sayang. esoknya, aku pergi ke Ipoh dengan nadhirah selepas dipaksa [sorry ye].
hmm, dari rumah pergi bus stop pukul 9.00 pagi. tunggu la warna hijau tu dalam 30 minit.
hei bas! ko ingat aku rajin ke nak tunggu ko?

hmm, lepas tu bas datang dan kami terus pergi ke medan kidd. dari medan kidd, kami naik bas lagi satu nak ke jusco [jj]. hoho. nasib baik aku bawa nadhirah. seram le. hehe. kemudian, sampai jj terus beli roti. mak, lapar! duduk-duduk kejap lepas tu kitorang pergi popular. jumpa qamarul. hoi, kawan! lama tak jumpa. haha. aku naik tempat wayang jumpa fatin, aiman, dan alin. terus beli tiket wayang. MEGAMIND!

HAHA. seronok-seronok. amirah dan shafiq shah tak sempat masuk. tu la, lambat lagi!lepas tu, kami jumap bayang-bayang! alin telah pun melarikan diri sebab ternampak bayang-bayang. haha kelakar la. pergi KFC dan melantak. aku beli mcd. haha. sembang-sembang dan kemudian solat sekejap. seronok macam mana pun, ingat ALLAH ye. boling time!

pemainnya :
  1. qamarul
  2. aiman syafiqah
  3. fatihah :)
  4. shafiq shah
hmm, first time weh! seram + takut + gabra = longkang!
hahaha. tak apa lah. dapat main, tambah pengalaman. terima kasih kepada cik aiman sebab sudi memalukan diri untuk mengajar den. hehe. 37 point. kira ok la tu. ye? :)

lepas tu, aku teman nadhirah pusing-pusing kejap. window shopping! window-window pun dapat la beli tali pinggang satu dengan key chain. berbaloi apa.. kami berkumpul sekejap, makan-makan sebelum semua mula nak berambus. turun jj , beli komik gempak dan semua berpisah. balik-balik. semua kecuali fatin dengan qamarul tak naik bas. ye la, ngaku. kami miskin, naik bas je. :(

sampai medan kidd, ucap terima kasih dekat shafiq shah sebab sudi belanja tiket bas. terima kasih banyak-banyak. tak apa la. hari tu, aku belanja ko kan. hehehe. sampai rumah dalam pukul 6.30 petang. penat la. tak apa. seronok weh. jumpa kawan. bukan senang. hoho. lain kali buat lagi ye! nanti dah ada lesen lagi senang. hari-hari pun tak apa. hahaha. caw dulu. terima kasih kerana sudi menyinggah. ASSALAMUALAIKUM!







2 comments:

  1. hoit....sronoknye..hmm...rugi xjoin korang...lain kali kao nk buat ag ajk ak ea....-aDik-DcHumEyL-

    ReplyDelete
  2. konon.
    pnat ak ajk
    hbis kredit ak
    hoh

    ReplyDelete