STATUS BLOG INI : WILL BE UPDATE SOON! :D

Wednesday, February 2, 2011

ini! kisah iGop dan SMTI

salam sayang untuk semua. lama gila tak posting. :)
mahu cerita. 21 januari lepas, aku pergi la
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI GOPENG.
untuk program pengawas sekolah , lebih kurang macam tu.
sampai-sampai sana dah nak maghrib. ye la, bertolak pon suda lambat. dah tu, kitorang dibawa pergi masuk asrama. ada la penerangannya. aku masuk dorm NILAM 1. ye, kitorang yang paling tua sebab di kalangan deme cuma ada form 1-4 sahaja. malam tu, ada makan malam dan solat maghrib jemaah , disambung dengan ceramah ustaz kat sana dan solat isyak jemaah. ye, surau deme tak macam surau kita. 1 kali ganda kecil tapi tenang sangat, tak bising macam surau kita. langsir kena buka. hoho. tapi still susah usha. :) lepas tu, jumpa NADHIRAH MAN. alhamdulillah. seronok sangat. pergi dewan untuk sesi takruf dan cakap benda-benda merapu. dan kemudian, kitorang yang comel-comel ni kena bawa keliling sekolah deme. cantik ! sekolah baru la dikatakan. tak macam sekolah kita ;) balik dorm tidur yang pantas sebab letih yang melampau. CIK JELA, IRNA DAN NAZA pun sama. kami satu dorm ye. esok pagi bangun pukul 4, qiamullail pukul 5. sambung solat subuh dan pergi makan. pagi tu kami kena lawan bola jaring dengan pengawas sekolah deme, sama dengan bola sepak. padang besar, tapi sayang padang bola jaring tak ada. still main dan aku GK ( posisi kat bola jaring). main-main kami menang 4-3, bola sepak 2-1. alhamdulillah kawan-kawan. sebelum kami balik, ada jamuan sikit dan bergambar bersama-sama. semua berjalan lancar dan kami pun balik dengan 1 bas tidur kepenatan. kecuali aku dan beberapa orang yang lain. SEKIAN. sori kalau tak best. :(






2 comments:

  1. wow zaman sekolah la..best nyer klu dpt kembali pd zaman mcmnie....

    ReplyDelete
  2. ye sangat seronok deh.
    haha
    mmg tak dapat la kalau
    nak kmbali kat zaman macam tu
    tapi mesti ada memori yg baek2
    yg bole dikenang :)

    ReplyDelete