STATUS BLOG INI : WILL BE UPDATE SOON! :D

Tuesday, December 6, 2011

ini! kisah 'menackle' si Zirafah

pada suatu hari, lepas putus dengan J, Solo mengambil keputusan untuk menackle orang lain. #SOLOperempuan. kemudian, fikir punya fikir, jumpa la satu mamat ni namanya Zirafah.
Zirafah ni memang dah diusha sejak 1 tahun lamanya. tapi tak berani sangat sebab Zirafah minat orang lain katanya. dan dan Solo nakkan si Zirafah, Zirafah couple balik dengan EX dia. Solo redha dalam hati, tapi perasaan usah disingkap (cewahh). punya la frust terbalik, kawan baik Zirafah tau pasal kejadian ni. kawan dia tu perempuan, berkawan jugak dengan Solo. kawan Zirafah ni la pemberi maklumat dekat Solo. hubungan Zirafah dengan awek dia pun tinggal titi menunggu mati je.lepas tu,kawan baik deme tu bagitau kat Zirafah yang ada minah ni minat kat dia. tapi dia tak cakap la siapa. sekali, Zirafah dah tau siapa yang minat kat dia = Solo. Solo malu gila sebab sebelum ni Solo pernah try cakap-cakap dengan Zirafah, dah tu pernah padan-padankan dengan minah yang Zirafah pernah minat dekat sekolah. lepas Zirafah tau pasal hal ni, Zirafah selalu usha Solo pelik semacam. Solo dah malu. SPM satu dewan sama pulak tu. memang la jumpa hari-hari. malu bukan kepalang wa cakap lu. sejak daripada hari tu, Solo selalu ngelak daripada jumpa Zirafah. dah malu tahap cicak gantung. so, apa yang Solo boleh buat?

soalan SPM (Sijil Penackle Mamat)

1. apa yang Solo patut buat?

A. kata kat Zirafah yang memang Solo suka dekat Zirafah
B. IM Zirafah dekat Facebook, minta maaf
C. buat tak tau macam tak ada benda yang berlaku
D. buat-buat hilang ingatan



hmm, tolong la kalau mahu. sekian








2 comments: